Ikhtiar & Doa, Demi Kesihatan AndaSetiap hari 9 pagi – 10 malam · Rabu cuti
Klinik PutraCawangan Guar Chempedak · Batu 18
Semua servis

Servis Klinik Putra

Suntikan Sendi

Gel lutut · Trigger finger · Plantar fasciitis

Sakit lutut bila berjalan, jari terkunci atau tumit sakit waktu pagi? Doktor akan menilai keadaan anda dan mencadangkan rawatan yang sesuai.

Suntikan gel lutut

Rawatan moden untuk lutut lebih sihat & selesa: membantu melegakan sakit, melincirkan sendi dan memperbaiki pergerakan.

  • Sakit lutut semasa berjalan, naik tangga atau duduk lama
  • Lutut rasa kaku atau susah bergerak
  • Ingin elakkan pembedahan lutut

Jari terkunci (trigger finger)

Jari menjadi kaku, sukar diluruskan dan kadang-kadang “terkunci” ketika dibengkokkan. Lebih kerap pada pesakit kencing manis dan mereka yang banyak memegang atau menggenggam.

  • Jari kaku atau sengal
  • Jari berbunyi “klik”
  • Sukar diluruskan (terkunci)
  • Sakit atau terasa ketat pada tapak tangan

Plantar fasciitis (sakit tumit)

Radang pada tisu tebal (plantar fascia) yang menyambung tumit ke jari kaki. Punca biasa: berdiri lama, berat badan berlebihan, kasut tidak sesuai dan aktiviti berimpak tinggi.

  • Sakit tumit waktu pagi
  • Sakit bila banyak berjalan atau berdiri
  • Tapak kaki rasa tegang & pedih
  • Sakit yang berpanjangan

Rawatan di klinik

  • Penilaian dan pemeriksaan doktor
  • Suntikan jika perlu
  • Rawatan susulan dan nasihat penjagaan

Testimoni pesakit (suntikan gel lutut)

PesakitRitu ada buat rawatan lutut
KlinikWsalam, nak tanya, keadaan kaki sekarang macam mana? Ada perubahan semakin baik tak?
PesakitAlhamdulillah ada, mak kata dah tak sakit bila duduk lama

Ada soalan tentang suntikan sendi? Tanya terus doktor & staf kami.

WhatsApp Sekarang

Servis lain

WhatsApp